Ahad, 29 Disember 2013
Haii uolls ari ni ayu nak kongsikan resepi yang baru ayu belajar, menjadi jugakk walaupun kurang menarik ..hehe rupe paras tak penting kan..janji sedap dan orang suke makan...ayyu kidnap resepi ni oleh hana memories ..cake dia amat lah fablous,mables gituuu dong..Russian Black & White Chocolate Cake
RESEPI KEK COKLAT
sumber : cik ayyu
Bahan-bahan
• 170g tepung superfine*
• 1 sudu kecil baking powder*
• 1 sudu kecil soda bikarbonat*
• 1 tin susu cair (400g)
• 100g serbuk koko
• 200g minyak jagung @ minyak masak
• 250g susu pekat
• 250g gula halus - ayu letak 210 jer
• 5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
• Ayak bahan yang bertanda *.
• Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
• Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
• Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (ayu guna hand whisk)
• Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
• Sejukkan.
RESEPI COKLAT GANACHE
• 200ml whipping cream (dairy)
• 500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
• 1 sudu besar air panas
• 2 sudu besar sirap glukos
• 2 sudu besar butter
Cara-cara
• Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
• Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan